UCARD

UJIAN SARINGAN HIV – PRA PERKAHWINAN

Ujian saringan HIV pra-perkahwinan boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia dan dilaksanakan secara percuma. Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain. Mana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.

PROSEDUR PERLAKSANAAN UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN.

Bakal pengantin hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta  melengkapkan borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan yang boleh didapati di kaunter klinik kesihatan.

Ujian saringan HIV menggunakan kaedah ujian pantas (Rapid test) akan dilakukan oleh anggota klinik

Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (Rapid test) boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan). Keputusan  ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.

Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) TIDAK REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan dimaklumkan tentang keputusan tersebut.
  • Bakal pengantin tidak perlu melalui kaunseling kecuali bagi mereka yang didapati berisiko untuk dijangkiti HIV.
  • Bagi bakal pengantin yang mempunyai risiko beliau diberi kaunseling dan perlu diberi temujanji untuk mengulangi semula ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan dalam tempoh 3 – 6 bulan.
jenis bacaan keputusan ujian saringan hiv

Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian  pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan mengambil 5 ml darah. Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama 2 minggu. Oleh yang demikian bakal pengantin akan diberi temujanji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan, dalam tempoh 2 – 3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.
  • Keputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin.
  • Keputusan ujian adalah samada bakal pengantin disahkan HIV positif (telah dijangkiti) atau negatif.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Hubungi

hj Shaharum

Hjh Siti Zawiyah

En. Bahry

Pn. Ina