UCARD

Tips Menjaga Hubungan Perkahwinan Jarak Jauh

Perkahwinan jarak jauh mewujudkan komplikasi dan boleh membuat sesuatu hubungan perkahwinan lebih mencabar. Kunci utama dalam perkahwinan jarak jauh adalah komunikasi, komunikasi, komunikasi dan sentiasa berkomunikasi. Berikut adalah beberapa tips untuk menjaga perkahwinan anda agar kukuh walaupun anda tidak hidup di bawah bumbung yang sama.

1. Paparkan foto.
Letakkan potret anda berdua di atas meja pejabat, jadikan gambar anda berdua sebagai wallpaper di komputer, telefon, atau applikasi whatsapp.

2. Jangan membuat andaian.
Jangan cepat membuat andaian jika pasangan tidak membalas pesanan anda di whatsapp atau tidak mengangkat panggilan telefon anda. Cuba tenangkan diri dan jangan berprasangka buruk pada pasangan.

Kredit: http://hopelovethrive.com

3.Tempah sarung bantal atau baju t-shirt
Anda boleh menempah satu set bantal atau t-shirt yang mempunya gambar pasangan. Sudah tentu ianya akan menyemarakkan lagi hubungan jarak jauh anda.

4. Gunakan teknologi untuk membantu hubungan anda.
20 tahun yang lepas anda akan menulis surat atau mencari pondok telefon untuk berhubung. Tetapi sekarang sangat mudah membuat panggilan video hanya menggukan telefon pintar.

5. Jelaskan Peraturan dan Batasan
Luahkan apa yang anda tidak setuju seperti si isteri kerap memuatnaik gambar selfie di laman sosial atau si suami gemar menghabiskan masa melepak di kedai mamak.

Kredit: Contentcreatorz

6. Memahami situasi perkahwinan jarak jauh.
Pasangan perlu berbincang seberapa kerap anda akan membuat panggilan dan berapa kali anda akan melawat satu sama lain. Jangan nanti suami menunggu panggilan isteri dan isteri mengharapkan panggilan suami.

7. Buat kejutan
Si dia akan rasa terharu jika dia menerima sejambak bunga secara mengejut (bukan pada tarikh lahir atau ulangtahun perkahwinan). Buat juga surprise sekali-sekala dengan balik ke rumah pasangan sambal menunggu dia pulang dari kerja.

8. Lakukan perkara bersama
Anda boleh melakukan perkara yang sama. Sebagai contoh suami dan isteri menonton drama yang sama pada waktu yang sama. Selepas menonton anda berdua boleh kongsikan mengenai drama tersebut.

9. Tetapkan jadual
Buat jadual mingguan seperti giliran pulang ke rumah pasangan. Jangan lupa juga merancang untuk bercuti bersama, atau beberapa aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan apabila anda berdua dapat bersama.

10. Tetapkan bila ianya akan berakhir
Letakkan sasaran bilakah hubungan jarak jauh ini akan berakhir . Ini penting supaya anda fokus dan berusaha mencari jalan bagaimana untuk hidup bersama dengan pasangan anda.

11. Lebihkan emoji dalam mesej
Jika anda kerap berhubung menggunakan teks mesej seperti whatsapp , banyakkan guna simbol atau emoji untuk lebih mudah menunjukkan perasaan anda dengan lebih baik.

Kredit: Twitter
11. Selesaikan kerja rumah sebelum pasangan sampai.

Kebiasaanya anda akan bersama pasangan pada hujung minggu. Jadi selesaikan kerja-kerja rumah seperti membasuh dan melipat baju sebelum pasangan anda sampai. Manfaatkan masa bersama dengan sebaiknya.

Nak dapatkan banyak lagi tip-tip menarik? Layari blog ucard 

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Hubungi

hj Shaharum

Hjh Siti Zawiyah

En. Bahry

Pn. Ina