UCARD

Terma Penggunaan

Terma dan Syarat

Sila baca terma dan syarat (“Terma”) sebelum menggunakan Laman Web ini yang dikendalikan oleh Ucard Design & Printing (Kami).

Apabila anda melayari laman web kami, anda dianggap telah memahami Terma dan Syarat yang ditetapkan. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan, anda tidak perlu menggunakan laman web ini.

Kami berhak  untuk menukar, mengubah, menambah atau mengeluarkan mana-mana bahagian dari Terma dan Syarat yang digunakan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Sila rujuk Terma dan Syarat setiap masa untuk sebarang perubahan terkini.

Apabila anda menggunakan laman web ini secara berterusan, anda dianggap bersetuju dan menerima segala Terma dan Syarat yang diberikan.

Akaun
Apabila anda membuat akaun dengan kami, anda mesti memberikan maklumat yang tepat, lengkap, dan terkini pada setiap masa. Kegagalan berbuat demikian merupakan pelanggaran Terma, yang mungkin mengakibatkan penamatan akaun anda. Anda bertanggungjawab untuk melindungi kata laluan yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan dan untuk sebarang aktiviti atau tindakan di bawah kata laluan anda, sama ada kata laluan anda dengan Perkhidmatan kami atau perkhidmatan pihak ketiga. Anda bersetuju untuk tidak mendedahkan kata laluan anda kepada mana-mana pihak ketiga. Anda mesti memaklumkan kami dengan serta-merta apabila menyedari sebarang pelanggaran keselamatan atau penggunaan akaun anda tanpa kebenaran.

Pautan 

Perkhidmatan kami mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga atau perkhidmatan yang tidak dimiliki atau dikawal oleh Ucard Design & Printing. Ucard Design & Printing tidak mempunyai kawalan, dan tidak bertanggungjawab terhadap, kandungan, dasar privasi, atau amalan mana-mana laman web atau perkhidmatan web pihak ketiga. Anda seharusnya mengakui dan bersetuju bahawa Ucard Design & Printing tidak bertanggungjawab  secara langsung atau tidak langsung, untuk apa-apa kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau berkaitan dengan penggunaan atau pergantungan terhadap apa-apa kandungan, barang atau perkhidmatan tersebut pada atau melalui mana-mana laman web atau perkhidmatan sedemikian. Kami menasihati anda untuk membaca terma dan syarat dan dasar privasi mana-mana laman web atau perkhidmatan laman web pihak ketiga yang anda lawati.

PENAMATAN

Ucard Design & Printing boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Ucard Design & Printing boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa Ucard Design & Printing tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

PERUBAHAN KE LAMAN WEB

Anda menerima bahawa Ucard mempunyai hak untuk mengubah kandungan atau spesifikasi teknikalmana-mana aspek Laman Web pada bila-bila masa mengikut budi bicara Ucard ini. Anda selanjutnya menerima bahawa perubahan itu boleh menyebabkan anda tidak dapat mengakses laman web ini

LESEN DAN HAK MUAT TURUN

Anda memperoleh hak atau lesen dalam atau kepada Laman Web dan / atau Kandungan selain daripada hak terhad untuk menggunakan laman web ini selaras dengan Syarat-syarat dan untuk memuat turun kepada terma yang dinyatakan dalam seksyen ini. Selain daripada yang dinyatakan dalam seksyen ini anda tidak boleh menyalin, mengeluarkan semula, ulanghimpun, menyusun semula, menyahhimpun, kejuruteraan berbalik, mengedar, menerbitkan, mempamerkan, membuat, mengubah suai, muat naik untuk mencipta karya terbitan daripada, menghantar, atau dalam apa-apacara lain mengeksploitasi mana-mana sebahagian daripada laman web ini.

TANDA NIAGA DAN HAK CIPTA

Semua hak harta intelek, sama ada berdaftar atau tidak, di dalam laman web UCARD.COM.MY, semua maklumat dan reka bentuk yang terdapat di dalam laman web, termasuk dan tidak terhad kepada, video, grafik, teks, ‘software’, ilustrasi, video, muzik, gambar, bunyi-bunyian, dan segala yang berkaitan, dan kesemua kandungan software, termasuk sumber-sumber di bawah kod tersebut adalah menjadi harta hak milik kami. Segala isi kandungan di laman  web kami adalah di bawah perlindungan hak cipta Malaysia dan semua hak cipta adalah terpelihara.

UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA
Terma dan Syarat ini hendaklah diterjemahkan dan tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia. Bergantung kepada pengadilan di bawah, setiap pihak dengan ini bersetuju untuk menyerahkan kehakiman kepada mahkamah Kerajaan Malaysia untuk sebarang bantahan.

Hubungi

hj Shaharum

Hjh Siti Zawiyah

En. Bahry

Pn. Ina