UCARD

Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin

PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

Men are leader

Begitulah…pihak lelaki memainkan peranan yang penting untuk mulakan proses permohonan perkahwinan. Pihak perempuan tidak dapat mulakan proses permohonan perkahwinan selagi pihak lelaki tidak dapat pengesahan dari Pejabat Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.

Ringkasnya, ambil dan isi borang > buat HIV test > Sediakan dokumen > jumpa jurunikah > pergi Pejabat agama > kahwin

Di sini adalah contoh urusan bagaimana proses dari awal hinggalah ke majlis pernikahan di Wilayah Persekutuan. Secara asasnya prosedur adalah lebih kurang sama bagi setiap negeri.

PIHAK LELAKI

1. Kursus Pra-perkahwinan
Perkara pertama adalah KURSUS PRA PERKAHWINAN untuk dapatkan sijil kursus PraPerkahwinan. Kalau sudah pergi kursus tapi sijil hilang itu kena dapatkan salinan sijil atau hadir kursus semula.

Sijil sah seumur hidup

2. Ambil borang di Pejabat Agama Negeri/ Download di laman web Jabatan Agama
Boleh terus ke Pejabat Jabatan Agama untuk dapatkan borang dan sambil itu bolehlah bertanyakan kepada pegawai di Jabatan Agama tentang prosedur-prosedur dari mula hingga akhir.

Pada masa sekarang ianya lebih mudah kerana banyak negeri sudah menyediakan Permohonan Kebenaran Berkahwin Online.

3. Buat HIV test
Hanya boleh dilakukan di Klinik Kerajaan sahaja. Klinik swasta tidak boleh.

Kos?? Ianya PERCUMA

Jangan risau, proses untuk membuat ujian saringan HIV ini sangat mudah dan cepat (rapid test). 5-20 minit

Keputusan laporan sah sehingga 6 bulan

Persoalannya…

Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan mengambil 5 ml darah. Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama 2 minggu. Oleh yang demikian bakal pengantin akan diberi temujanji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan, dalam tempoh 2 – 3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.
  • Keputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin.
  • Keputusan ujian adalah samada bakal pengantin disahkan HIV positif (telah dijangkiti) atau negatif

4. Isi borang
Isi borang dengan pen ballpen hitam atau biru, jangan padam dengan segala jenis pemadam cecair atau pita.

Sebolehnya isi dahulu dengan pensil, semak. Jika tiada sebarang kesalahan baru isi dengan pen. Ataupun buat salinan borang yang kosong, isikan, semak dan baru tulis pada borang sebenar.

5. Sediakan dokumen lampiran
1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan
2. Sijil Kursus Pra-perkahwinan dan salinan
3. Laporan ujian saringan HIV.
4. Sediakan dokumen/surat/sijil berkaitan:

  • Surat pengesahan bujang oleh majikan pemohon atau surat akuan sumpah bujang sekiranya tiada majikan
  • Surat perakuan Cerai (jika duda)
  • Salinan sijil kematian isteri yang telah disahkan beserta sijil nikah simati
  • Surat akuan pemastautin bagi pemohon yang berlainan alamat dalam kad pengenalan oleh Imam Kariah/Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/Taman Perumahan (jika berkaitan);
  • Surat Kebenaran Berkahwin daripada majikan jika anggota Polis dan Tentera
  • Surat kebenaran berkahwin dari Mahkamah Syariah (jika kes poligami dan bawah umur);

5. Dokumen tambahan jika bukan warganegara

  1. Surat pengesahan dokumen daripada Jabatan Pendaftaran Negara bagi penduduk tetap dan pemastautin sementara;
  2. Pasport dan salinan serta surat daripada Kedutaan
  3. Borang Permohonan Pengesahan Pas yang dikeluarkan dan disahkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia

6. Jumpa Penolong Pendaftar (Imam Jurunikah/Kadi)
Jumpa Penolong Pendaftar (Imam Jurunikah/Kadi) dan bawa borang permohonan serta dokumen berkaitan untuk ditandatangan dan disahkan

Sebaiknya asingkan dengan klip dokumen asal dan dokumen salinan sebelum serahkan kepada Imam Jurunikah

7. Hantar Borang ke Pejabat Agama
Bawa borang dan dokumen yang telah ditandatangan oleh Imam Jurunikah/Kadi di kariah anda ke Pejabat Jabatan Agama.

Semasa borang dihantar tarikh nikah mestilah TIDAK melebihi 90 hari atau kurang dari 7 hari.

Selepas borang di sahkan dan mendapat kebenaran oleh Pegawai di Jabatan Agama , pihak lelaki serahkan kepada pihak perempuan untuk tindakan selanjutnya.

PIHAK PEREMPUAN

Bagi pihak perempuan pula….urusan penyediaan dokumen lebih sedikit kerana melibatkan wali dan saksi. Nampak memang macam leceh dan rumit, tetapi jika dibuat awal ianya taklah serumit mana.

1. Kursus Pra-perkahwinan
Sama juga dengan pihak lelaki, perkara pertama adalah KURSUS PRA PERKAHWINAN untuk dapatkan sijil kursus Pra Perkahwinan.

Sijil sah seumur hidup

2. Ambil borang di Pejabat Agama Negeri/ Download di laman web Jabatan Agama
Boleh terus ke Pejabat Jabatan Agama untuk dapatkan borang dan sambil itu bolehlah bertanyakan prosedur-prosedur dari mula hingga akhir.

Pada masa sekarang ianya lebih mudah kerana banyak negeri sudah menyediakan Permohonan Kebenaran Berkahwin Online.

3. Buat HIV test
Hanya boleh dilakukan di Klinik Kerajaan sahaja. Klinik swasta tidak boleh.

Kos?? Ianya PERCUMA

Jangan risau, proses untuk membuat ujian saringan HIV ini sangat mudah dan cepat (rapid test). 5-20 minit

Keputusan laporan sah sehingga 6 bulan

Persoalannya…

Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan mengambil 5 ml darah. Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama 2 minggu. Oleh yang demikian bakal pengantin akan diberi temujanji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan, dalam tempoh 2 – 3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.
  • Keputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin.

Keputusan ujian adalah samada bakal pengantin disahkan HIV positif (telah dijangkiti) atau negatif

4. Isi borang
Isi borang dengan pen ballpen hitam atau biru, jangan padam dengan segala jenis pemadam cecair atau pita.

Sebolehnya isi dahulu dengan pensil, semak. Jika tiada sebarang kesalahan baru isi dengan pen. Ataupun buat salinan borang yang kosong, isikan, semak dan baru tulis pada borang sebenar.

5. Sediakan dokumen lampiran
1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan
2. Sijil Kelahiran pemohon yang telah disahkan
3. Salinan kad pengenalan wali dan dua (2) orang saksi
4. Sijil Kursus Praperkahwinan dan salinan
5. Surat Kebenaran Berkahwin pihak lelaki
6. Laporan ujian saringan HIV.
7. Borang tertib susunan wali (asal)
8. Sediakan dokumen atau surat:

  • Surat perakuan Cerai (jika janda)
  • Salinan sijil kematian suami beserta sijil nikah
  • Surat akuan pemastautin bagi pemohon yang berlainan alamat dalam kad pengenalan oleh Imam Kariah/Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/Taman Perumahan (jika berkaitan);
  • Surat Kebenaran Berkahwin daripada majikan jika anggota Polis dan Tentera
  • Pensabitan/ Perintah Mahkamah Syariah (bagi kes berkaitan wali hakim, bawah umur dan janda berhias);
  • Salinan Surat Nikah/Surat Perakuan Nikah ibu bapa (jika bapa menjadi wali)
  • atau Salinan Sijil Kelahiran abang pertama yang telah disahkan dan Sijil Kelahiran pemohon yang telah disahkan (jika abang pertama menjadi wali)
  • Perintah pembubaran perkahwinan mengikut Hukum Syara’ dari Mahkamah Syariah atau dikri perceraian dari Mahkamah Tinggi Sivil (bagi saudara baru yang telah berkahwin sebelum memeluk Agama Islam);

5. Dokumen tambahan jika bukan warganegara

  1. Surat pengesahan dokumen daripada Jabatan Pendaftaran Negara bagi penduduk tetap dan pemastautin sementara;
  2. Pasport dan salinan serta surat daripada Kedutaan
  3. Borang Permohonan Pengesahan Pas yang dikeluarkan dan disahkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia

6. Jumpa Penolong Pendaftar (Imam Jurunikah/Kadi)
Jumpa Penolong Pendaftar (Imam Jurunikah/Kadi) dan bawa borang permohonan serta dokumen berkaitan untuk ditandatangan dan disahkan

Sebaiknya asingkan dengan klip dokumen asal dan dokumen salinan sebelum serahkan kepada Imam Jurunikah

Pemohon hendaklah datang bersama wali

7. Hantar Borang ke Pejabat Agama
Borang permohonan beserta borang sokongan yang telah disahkan haruslah diserahkan di Pejabat Jawi dan caj bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM25.00

Pihak JAWI akan memberi Slip Perakuan Pendaftaran dan dan pemohon perlu menghantar slip tersebut dan kesemua dokumen termasuklah salinan kad pengenalan 2 orang saksi ke Juru Nikah Kariah

Tempoh sah laku Kebenaran Nikah yang dikeluarkan untuk pihak perempuan adalah 1 bulan.

1 thought on “Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin”

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Hubungi

hj Shaharum

Hjh Siti Zawiyah

En. Bahry

Pn. Ina