UCARD

Kemasan Gloss vs Matte

Salah satu sebab cetakan berkilat sangat popular  kerana ia akan menyerlahkan lagi warna. Foto-foto digital yang dicetak dengan lapisan berkilat akan jadikan foto kelihatan lebih tajam (sharp). Jika anda memotret keindahan alam semula jadi contohnya, kemasan foto dengan tambahan lapisan kilat adalah lebih baik.

Masalah dengan kemasan kad yang berkilat adalah ia menghasilkan silau. Anda dapat lihat cahaya memantulkan dari kad itu sendiri, sehingga sedikit sukar untuk dilihat di bawah lampu . Salah satu isu yang juga sering timbul ialah kad kemasan kilat mudah terlekap kesan cap jari.

Jika anda mengambil gambar seni bina atau monumen di mana kejelasan penting, maka kemasan matte akan memberikan imej yang lebih baik. Imej hitam dan putih, gambar potret formal/rasmi, dan gambar berukuran  besar, seperti potret keluarga, biasanya dihasilkan dengan tambahan lapisan matte kerana akan memperincikan sesuatu imej.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Hubungi

hj Shaharum

Hjh Siti Zawiyah

En. Bahry

Pn. Ina