UCARD

9 Persiapan Penting Yang Wajib Kamu Ketahui Sebelum Berbulan Madu

Tetapkan destinasi pilihan

Pertamanya setkan destinasi pilihan. Mungkin anda minat bercuti di tepi pantai tetapi bakal pasangan anda minat ke tempat dingin, jadi ambil masa untuk berbincang dan dapatkan kata sepakat. Mungkin solusinya salah satu pihak mengalah atau mungkin kamu berdua pergi kedua-dua tempat sepanjang tempoh kamu berbulan madu nanti.

Tempoh bulan madu

Tetapkan bila anda akan pergi dan pulang serta tempoh bulan madu anda. Tempoh bulan madu yang sesuai adalah 5-7 hari termasuk hari perjalanan pergi dan pulang. Jika anda hanya boleh berbulan madu 3 atau 4 hari elakkan berbulan madu di tempat yang terlalu jauh atau terlalu lama perjalanannya.

Tetapkan dan sediakan bajet

Sediakan simpanan khas seperti memotong sebagian gaji bulanan dan elakkan berhutang. Buat anggaran yang sesuai mengikut kemampuan anda supaya perbelanjaan sebenar tidak lari jauh dari bajet anda. Penginapan, pengangkutan, makan, tiket (entrance fee, dll), buah tangan dan perbelanjaan luar jangka

Buat kajian/research

Selepas destinasi telah diputuskan, lakukan kajian tentang beberapa perkara penting supaya dalam tempoh honeymoon anda nanti tidak membuang masa mencari maklumat yang akan merosakkan mood. Perkara pertama adalah mencari penginapan yang sesuai dan selesa. Kedua, senaraikan tempat-tempat menarik di kawasan tersebut. Ketiga, restoran yang menjadi pilihan pengunjung. Keempat, pengangkutan yang ada (tambang dan jadual).

Cari review , cadangan dan lakukan perbandingkan harga dan yang paling penting menepati bajet yang telah ditetapkan.

Buat tempahan

Setelah membuat kajian, anda boleh mula menempah tempat penginapan dan pengangkutan.

Buat tempahan awal untuk dapatkan lebih diskaun terutama anda berbulan madu pada musim puncak (peak season). Simpan pengesahan tempahan di dalam telefon dan buat cetak pengesahan tersebut.

Sediakan Travel Itinerary

Sedikan satu set “Panduan Perjalan” atau travel itinerary yang mengandungi jadual lengkap anda di sana, satu set peta, senarai tempat menarik dan restoran yang sedap dan nombor telefon penting.  Ia sangat berguna  dan ianya mungkin lebih memudahkan berbanding mencari maklumat di telefon pintar lebih-lebih di kawasan tersebut tiada rangkaian atau capaian internet yang lemah. Sertakan sekali salinan tempahan hotel pada “panduan perjalanan” tersebut.

 

 Buat senarai semak (checklist) barang perlu dibawa

Buat senarai barang yang perlu dibawa supaya anda tidak tertinggal barang penting. Elakkan juga dalam senarai anda barang-barang yang tidak perlu dan berlebihan. Setelah senarai sudah lengkap, boleh mulakan packing barang-barang ke dalam beg. Sebaiknya packing barang sebelum 3 hari sebelum bertolak.

Lain-lain Perkara 

Mohon cuti dari majikan lebih awal supaya cuti anda dapat diluluskan. Tiada guna setelah perancangan dan tempahan telah dibuat tetapi majikan anda tidak membenarkan anda bercuti panjang kerana lambat memohon cuti.

Serahkan kepada yang pakar

Jika anda tidak mempunyai masa untuk merancang bulan madu, anda boleh mendapatkan khidmat dari ejen pelancongan profesional. Anda boleh layari laman web mereka  atau laman sosial mereka seperti pulaumalaysia.com,  www.bulanmadu.my, rahaholidays.com. Serahkan kepada mereka merancang pakej bulan madu impian anda.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Hubungi

hj Shaharum

Hjh Siti Zawiyah

En. Bahry

Pn. Ina