UCARD

8 Perkara Penting Sebelum Menempah Kad Undangan Perkahwinan

Perkahwinan adalah perkara bersejarahi dalam kehidupan seseorang sehingga tidak ada salahnya memilih yang terbaik untuknya. Anda tidak mahu detik bersejarah ini dilupakan, kan? Selain itu, anda pasti mahu semua tetamu yang anda jemput menghadiri majlis perkahwinan anda. Kad jemputan boleh diibaratkan sebagai gambaran ringkas tentang hari perkahwinan anda yang akan dilihat oleh tetamu undanganmu. Jadi, berikanlah sesuatu yang istimewa kad undangan anda. Bingung ingin memulakan dari mana untuk membuat kad jemputan? Ikuti tip-tip berikut ini!

Memastikan segala maklumat betul sebelum membuat tempahan
Semak nama pengantin dan pasangan, nama ibu bapa, alamat, dan tarikh majlis dan lain-lain sebelum menempah kad kahwin. Semua maklumat penting mesti diperiksa dengan teliti.

Jangan penuhi kad undangan dengan perkara yang tidak terlalu penting
Anda tidak perlu memasukkan banyak kata-kata atau grafik dalam kad undangan. Terlalu banyak memasukkan perkara yang tidak penting akan membuat kad undangan sukar dibaca dan kelihatan berserabut.

Tentukan konsep atau tema perkahwinan anda
Fikirkan juga tema apa yang akan digunakan untuk kad undangan anda, misalnya klasik dan elegan, casual dan relaxed, atau glam dan moden. Di ucard terdapat pelbagai tema kad kahwin yang menarik.

Mengetahui warna perkahwinan anda
Anda mungkin ingin memasukkan warna dan motif yang sama dengan konsep perkahwinan anda ke dalam reka bentuk kad jemputan. Elakkan dakwat berwarna terang pada background yang juga mempunyai warna terang atau dakwat gelap pada background yang gelap pula.

Pilih huruf yang mudah dibaca
Mungkin anda mahu huruf yang cantik, tetapi ia kurang berkesan jika huruf-huruf sukar dibaca sehingga maklumat tidak dapat disampaikan secara maksima.

Peta yang ringkas tetapi jelas
Satu perkara wajib yang anda jangan lupa apabila membuat kad jemputan ialah memasukkan peta. Ini memudahkan para tetamu membuat rujukan untuk sampai ke majlis tanpa tercari-cari jalan atau ‘landmark’. Peta tidak perlu terperinci tetapi cukup jelas untuk difahami.

Bila masa yang sesuai untuk menempah kad kahwin?
Buat tempahan kad undangan sekurang-kurangnya 1 hingga 2 bulan sebelum hari perkahwinan. Pastikan anda telah menghantar jemputan kepada tetamu sekurang-kurangnya dua minggu sebelum hari perkahwinan.

 Lebihkan tempahan
Buat lebihan tempahan 50 hingga 100 kad jemputan sekiranya terdapat tambahan senarai tetamu atau kerosakan pada kad jemputan kerana ralat semasa menulis nama atau kerosakan semasa membungkus kad jemputan.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Hubungi

hj Shaharum

Hjh Siti Zawiyah

En. Bahry

Pn. Ina