UCARD

7 Panduan Berguna Untuk Persedian Hantaran Kahwin

7 Panduan Berguna Untuk Persedian Hantaran Kahwin

Tradisi membalas hantaran sudah lama dilakukan sejak dulu hinggalah sekarang. Hantaran ini bolehlah dianggap proses wajib dalam setiap majlis perkahwinan. Jenis barang berbeza dan disesuaikan dengan adat atau keperluan pengantin.

Dengan perkembangan era yang semakin moden dan dikekang oleh kekurangan bajet, kadang-kadang beberapa jenis hantaran terpaksa diselaraskan dengan anggaran bajet yang ada. Tentu ada diantara anda pening memikirkan apa hantaran yang harus disediakan. Di sini saya sediakan tip-tip dan panduan dalam menyediakan hantaran untuk bakal Raja Sehari .

1. Tetapkan Bajet!!!

Letakkan satu amaun yang sesuai dengan bajet anda, jangan belanja lebih dari kemampuan diri. Banyak lagi perbelanjaan yang perlu diambil kira seperti tempahan katering, jurugambar, pelamin dan yang paling penting persedian kewangan selepas berumahtangga nanti.

3 perkara utama dalam menetapkan bajet untuk hantaran:

    1. Bajet untuk barang hantaran
    2. Bajet untuk dulang hantaran (beli/sewa)
    3. Bajet untuk hiasan dulang hantaran
 
2. Jumlah dulang hantaran

Tentukan jumlah hantaran untuk pihak lelaki dan perempuan. Mengikut adat, hantaran diberi mengikut bilangan ganjil yang mana pihak pengantin perempuan memberi lebih dari pihak lelaki. Sebagai contoh pihak perempuan serahkan 9 dulang dan pihak lelaki serahkan 7 dulang kepada pihak perempuan.

PlanningBudgetTimeframe

​3. Buat senarai barang yang diperlukan

Senaraikan, buat senarai barang-barang hantaran serta anggaran harga, sebolehnya berbincang bersama pasangan apa yang masing-masing mahukan. Jika ada senarai barang-barang beserta harga anda lebih jelas dan fokus menyediakan apa yang perlu sahaja. Pilih barang yang diperlukan, bukan barang yang hanya diinginkan atau kelihatan cantik.

Sebahagian barang hantaran lebih baik dibeli bersama bakal pasangan tapi tak semestinya semua barang perlu beli bersama. Beli buah takkan nak pegi sama-sama juga kan. Di sini saya gunakan contoh RM400 dan RM800 untuk pihak lelaki tidak termasuk duit hantaran, mas kahwin dan barang kemas.

Contoh Perancangan Untuk Persiapan Hantaran
4. Tentukan warna tema

Kebiasaanya setiap hantaran ada tema warna. Warna tema sangat penting supaya barang hantaran anda nampak seragam  dan serasi dengan dulang hantaran. Pastikan juga barang tidak terlalu besar hingga lebih besar dari dulang hantaran.

5. Merancang hiasan hantaran

Selepas anda mendapatkan barang-barang yang anda perlukan, rancang bagaimana anda akan menghiasnya. Jika anda tidak mahir menghias dulang hantaran atau tiada masa , anda bolehlah mengupah sesiapa atau anda boleh gunakan kotak hantaran yang sudah siap.

 

kotak hantaran kahwin
5. Jika terlebih hantaran???

Jika barang melebihi dari jumlah dulang, anda boleh membuat kombinasi seperti set solat (telekong, sejadah, al-quran) atau set diri (minyak wangi, tuala) atau set makanan (coklat, buah-buahan)

6. Hantaran khas buat keluarga

Menjadi kebiasaan salah satu dari barang hantaran ada hantaran khas untuk kaum keluarga pengantin. Anda boleh berikan coklat, buah-buahan dan manisan. Hantaran inilah yang ditunggu-tunggu oleh keluarga pasangan anda terutama anak-anak kecil.

hantaran coklat untuk pengantin
7. JANGAN LUPA BAWA BALIK……..

Bawa balik apa??? jangan lupa bawa balik dulang hantaran, bagi barang sahaja ye. Banyak kes terlupa bawa balik dulang ni bila masing-masing dah sibuk dengan majlis.

Bagaimana dengan tip-tip diatas? Hantaran bukanlah segala-galanya, jadi terdapat banyak keperluan lain yang perlu anda persiapkan selepas perkahwinan. Yang penting bijak merancang. kami doakan majlis anda akan berjalan dengan lancar dan ikatan perkahwinan akan kekal buat selama-lamanya. Aamiin.

Sudah menempah kad kahwin? tempah dengan kami di ucard

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Hubungi

hj Shaharum

Hjh Siti Zawiyah

En. Bahry

Pn. Ina