UCARD

13 Tips Berguna Untuk Elakkan Gemuruh dan Gugup Ketika Majlis Akad Nikah

13 Tips Berguna Untuk Elakkan Gementar dan Gugup Ketika Majlis Akad Nikah

 

Akad Nikah adalah perkara paling asas dalam perkahwinan. Walaupun lafaz akad itu pendek dan nampak mudah, sebenarnya kalimat janji suci itu sering membuat pengantin lelaki gugup dan gementar.  Sedikit kesilapan semestinya wali akan meminta anda mengulang kembali hingga ijab kabul dijawab SAAHHH…

Di sini ada panduan untuk mengelakkan rasa gugup dan gementar semasa akad nikah. Panduan di bahagikan kepada 2 iaitu “Sebelum Majlis Pernikahan” dan “Hari Majlis Pernikahan”

Sebelum Majlis Penikahan

1.Latihan Lafaz Ijab dan Kabul

Buat latihan dengan seseorang sehingga anda lancar melafaz akad nikah. Jika anda sudah lancar ia membantu anda lebih bersedia dan tenang

2. Tidur dan Rehat Secukupnya

Pastikan anda cukup rehat dan tidur. Kurang tidur buatkan diri jadi lesu dan tak bermaya. Selain menjejaskan penampilan, emosi dan mood juga tidak stabil jika kurang tidur dan rehat

3. Membayangkan Hari Pernikahan.

Buat bayangan minda perjalanan majlis pernikahan anda. Anda akan lebih bersedia pada hari tersebut, seolah-olah itu bukan pengalaman yang baru bagi anda.

4. Buat Persedian

Pastikan anda ketahui lokasi majlis pernikahan, waktu dan perkara yang perlu dibawa. Buat sedikit nota atau checklist berkaitan majlis tersebut. Bila anda bersedia, anda akan lebih yakin.

5. Fikir Positif

Setkan di dalam fikiran yang anda mampu melafazkan akad nikah dengan baik. Fikiran yang positif akan membuatkan anda menjadi lebih tenang

6. Menghadiri Majlis Pernikahan

Cuba hadiri majlis pernikahan kenalan anda dan beri tumpuan sebaiknya perjalanan majlis tersebut. Anda akan dapat gambaran yang jelas dan lebih bersedia untuk majlis anda nanti

 

Hari Majlis Penikahan

 

7. Solat Dan Berdoa

Jika majlis nikah di masjid, lakukan solat sunat tahiyatul masjid atau dhuha (jika pagi). Mohon pada Allah semoga anda tenang dan dipermudahkan segala urusan.

8. Datang Lebih Awal

Datang lebih awal supaya tidak tergesa-gesa. Sebaiknya awal 30 minit sehingga 1 jam sebelum majlis. Kelewatan buatkan anda stress dan kelam-kabut hingga hilang tumpuan.

9. Tenangkan Fikiran Dan Regangkan Badan

Berjalan perlahan ke tempat akad nikah dengan tenang. Duduk pada posisi yang selesa dan longgarkan badan. Tenangkan fikiran dan ucapkan di dalam hati “ AKU BOLEH”.

10. Pernafasan

Tarik nafas perlahan-lahan dan lepaskan. Lakukan beberapa kali sehingga rasa lega. Ini akan membantu mengurangkan kadar denyutan jantung

11. Senyum

Senyum, sama ada anda memang ingin senyum atau paksalah diri anda untuk tersenyum. Senyuman membebaskan endorphin meningkatkan mood anda.

12. Elakkan Kaffien

Seeloknya, elak minum kopi, teh dan energy drink yang mengandungi kaffein. Kaffein menyebabkan jantung berdegup pantas.

13. Jaga Pandangan Mata

Jika gugup kerana rasa diperhatikan oleh tetamu, pastikan pandangan mata pada juru nikah dan orang tertentu sahaja. Kurangkan eye contact pada orang yang tidak dikenali

Sudah tentu anda lebih bersedia dengan majlis pernikahan anda nanti selepas membaca tips ringkas ini. Paling penting yakin pada diri sendiri dan buat persedian. InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar. DIDOAKAN  PERKAHWINAN YANG DIIKAT DENGAN IKATAN SUCI KALIMAT IJAB DAN KABUL AKAN KEKAL ABADI

 

 

 

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Hubungi

hj Shaharum

Hjh Siti Zawiyah

En. Bahry

Pn. Ina