UCARD

12 Panduan Berkesan Bagaimana Hidup Serumah Dengan Mertua

Ramai di antara kita terpaksa hidup dengan mertua kerana pelbagai sebab. Sama ada pasangan tersebut mempunyai masalah kewangan dan hidup bersama mertua membantu menjimatkan wang atau mungkin pasangan anda harus menjaga ibu atau bapanya yang sakit dan memerlukan penjagaan khusus.

Apapun alasannya, tinggal dirumah mertua sebenarnya tidaklah seperti apa yang ditakuti oleh sebahagian orang.

Jika anda  saling bantu membantu dan pandai membawa diri semuanya akan berjalan dengan lancar dan dapat hidup aman damai.

Di sini ada 12 panduan yang sangat berguna buat anda yang bakal tinggal bersama keluarga mertua.

  1. Sentiasa tanamkan niat anda akan tinggal di rumah mertua hanya sementara dan bukan untuk tempoh yang lama. Ini akan mendorong anda sentiasa bermotivasi bagaimana untuk tinggal berasingan dari keluarga mertua tanpa menjejaskan hubungan baik antara mereka.
  2. Lakukan perkara bersama dan saling bantu membantu. Ringankan tulang dan tawarkan diri membuat kerja-kerja rumah seperti membersihkan rumah atau memasak.
  3. Ambil inisitif dan rasa tanggungjawab membeli barang dapur, membayar sebahagian bil utiliti. Jika ada barang di rumah rosak anda boleh ganti dengan yang baru atau cuba membaikinya. Sudah tentu mertua akan rasa seronak dengan kehadiran anda sangat membantu kehidupan mereka.
  4. Sentiasa bersabar dan sentiasa berfikir secara positif jika anda mendapat perkara yang kurang selesa semasa menetap di rumah  mertua. Biasakan diri. Jika benar-benar perlu caba cari jalan yang terbaik menjelaskan apa  terbuku di dalam hati yang anda tanpa melukakan hati mertua.
  5. Walaupun anda tinggal bersama hormati privasi dan harta keluarga mertua. Jangan masuk ke bilik atau mengambil harta orang lain tanpa kebenaran. Di rumah anda sendiri tiada masalah guna sabun mandi atau syampoo orang lain, tapi di rumah mertua ada benda yang perlu anda minta izin atau jangan cuba usik barangan atau pakaian mereka.
  6. Berbaik dan bertegur sapa dengan jiran tetangga supaya  kehadiran anda akan diterima dan anda akan dianggap sebahagian daripada mereka.
  7. Setiap keluarga ada  peraturan dan  undang-undang  sendiri. Tanya pada pasangan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan di dalam rumah mertua. Sebagai contoh  mungkin di rumah mertua ada waktu dan tempoh tertentu untuk menonton tv.
  8. Anda harus elakkan bertelingkah atau berkelahi dengan mertua. Diamkan diri dan cari jalan supaya mertua senang dengan kehadiran anda di rumahnya. Jika anda dipihak yang benar sekalipun jangan meninggi suara dan hormati mereka.
  9. Selain mengelak dari bertelingkah dengan mertua, anda juga jangan campuri pentengkaran atau perkelahian di antara keluarga pasangan terutamanya melibatkan hal harta. Jauhkan diri dan elakkan menjadi batu api.
  10. Jangan sibuk dengan aktiviti anda atau  asik mengurung diri di dalam bilik. Rapatkan hubungan dengan bersembang atau menonton tv bersama.
  11. Cuba pahami karekter setiap ahli kelurga mertua. Ini penting supaya mereka tidak tersalah anggap dengan gurauan anda. Ini  merumitkan lagi keadaan jika anda atau ahli keluarga mertua jenis yang mudah terasa dan beremosi.
  12. Minta bantuan ahli terapi atau kaunselor keluarga  jika hidup dengan mertua boleh membawa tekanan dan bebanan emosi. Perkahwinan anda harus menjadi keutamaan.

# tips tambahan: apa kata hadiahkan mertua anda cetakan khat di atas canvas. Mesti mereka sangat sayang menantu mereka dengan set kanvas yang cantik ini. Anda boleh tempah di sini

Okey? Sudah tentu anda lebih bersedia tinggal bersama mertua selepas membaca artikel ini. Inilah yang perlu anda lakukan dan apa yang harus anda elakkan jika anda akan tinggal di rumah mertua selepas perkahwinan. Harap panduan ini dapat membantu anda nanti.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Hubungi

hj Shaharum

Hjh Siti Zawiyah

En. Bahry

Pn. Ina